Kenapa poskad?
Nilai poskad bagi saya tinggi. Poskad, walaupun mungkin dicetak gambar yang sama, pengirimnya berbeza, isi yang ditulis berbeza, kisahnya berbeza, laluannya untuk tiba ke penerima berbeza, postal stampnya berbeza, setemnya juga boleh jadi berbeza. Semuanya unik, tiada yang benar-benar sama.
Jika saya yang membeli poskad untuk diri saya, pengalaman yang dilalui di tempat membeli poskad itu yang bernilai. Saya kan sentimental dan nostalgik? :p
Poskad pula tidak memerlukan kos yang tinggi. Biasanya lebih murah berbanding sebuah keychain atau magnet. Hendak menyimpan poskad pula tidak memerlukan ruang yang besar. Hanya kotak plastik yang tidak besar mana boleh memuatkan beratus keping poskad. Ruangan yang kecil tersimpan pelbagai kisah. :)
Sekarang poskad sudah tidak digemari ramai. Ada sesetengah tempat poskad yang dijual sudah pudar warna akibat terlalu lama berada di rak pameran.
Tapi, somewhere out there, masih ada yang masih menghargai nilai sekeping poskad. Jika kalian berminat hendak menerima poskad daripada saya, beritahu ya. Saya cuba mengirimnya dari masa ke masa, insya-Allah.